Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas

Program Ulul Albab merupakan satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli professional, teknokrat, usahawan dan mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Program ini adalah hasil cetusan idea bekas Pengerusi MARA sendiri iaitu Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh dalam usaha memberi inovasi dan menerajui system pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, MRSM Kepala Batas telah dipilih sebagai MRSM yang ketiga selepas MRSM Kota Putra dan MRSM Gemencheh untuk melaksanakan program tersebut. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Bagi merealisasikan program Ulul Albab dalam sistem pendidikan MARA, aspek multilingual diutamakan dengan menjadikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai teras dan bahasa-bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan lain-lain juga ditawarkan sebagai subjek pilihan.

Hasrat yang murni ini memerlukan komitmen, kefahaman dan penghayatan yang tinggi daripada seluruh warga MARA amnya dan warga MRSM Kepala Batas khasnya. Akhirnya, diharapkan agar Program Ulul Albab akan dapat diteruskan dengan jayanya bagi merealisasikan impian menjadi kenyataan. Tiada halangan hanyalah peluang.

1.0 OBJEKTIF

1. Melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia. Berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz Al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk mengikuti pengajian dalam bidang professional dan teknikal di mana-mana university yang tersohor di seluruh dunia.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menghafaz Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MRSM dan membina budaya Saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.

4. Melahirkan generasi Al-Quran yang menguasai pelbagai bahasa utama dunia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.

2.0 VISI

Melahirkan generasi ulul albab yang memahami sains, falsafah dan teknologi bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik yang berteraskan Al-Quran bagi menghadapi cabaran globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamadunan ummah.

3.0 MISI

Mentarbiah pelajar untuk melahirkan insan yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara melalui pembudayaan Al-Quran.

4.0 MOTTO

“Ulul Albab Teras Ketamadunan Ummah”

5.0 MODEL ULUL ALBAB

5.1 QURANIK

Menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar.

5.1.1 Muqarrar Tahfiz

Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’. Pecahan ayat/surah hafazan adalah seperti berikut :

SemesterBil JuzukJuzukSurah Hafazan
1

(Ting. 1)

4 surah pilihan

+

5 juzuk

1 – 5Surah As-Sajadah

Surah Yaasin

Surah Ad-Dukhan

Surah Al-Mulk

+

Surah Al-Baqarah

Sehingga

Surah An-Nisa’ ayat 147

2

(Ting. 1)

6 juzuk6 – 11Surah An-Nisa’ ayat 148

Sehingga

Surah Yunus

3

(Ting. 2)

6 juzuk12 – 17Surah Hud

Sehingga

Surah Al-Hajj

4

(Ting. 2)

6 juzuk18 – 23Surah Al-Mukminun

Sehingga

Surah Al-Zumar ayat 31

5

(Ting. 3)

6 juzuk24 – 29Surah Al-Zumar ayat 32

Sehingga

Surah Al-Mursalat

6

(Ting. 3)

1 juzuk30Juzu’ ‘Amma

I’adah Tasmi’

5.2 ENSIKLOPEDIK

Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.

- Mengadakan kelas bahasa asing pilihan (Bahasa Jepun & Bahasa Mandarin)

- Kemudahan ICT yang lengkap

- Kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran Berfikir (KKB).

5.3 IJTIHADIK

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.

- Aktiviti ko-kurikulum konvensional seperti berenang, berkuda dan memanah untuk memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.

- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Aliran biasa (SPMRSM)
Zon utara
Zon timur
Zon selatan
Zon Sabah dan Sarawak
Aliran IGCSE
Aliran IB MYP
Aliran Ulul Albab
Aliran Teknikal
Aliran Keusahawanan